Interview oh interview
Disebabkan saya masih mencari-cari idea untuk penulisan blog saya ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika menghadiri temuduga jawatan di sektor kerajaan dan GLC. Disebabkan saya merupakan fresh graduate, jadi tahun 2011 merupakan tahun untuk mengisi borang jawatan kosong samaada online atau manual. Bermula bulan april, saya menghadiri temuduga di Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Mei- Universiti darul Iman Malayasia dan Jun, saya telah menghadiri temuduga SPA. Walaupun belum mendapat keputusan lagi, tapi saya rasakan semuanya HANCUR. Jadi saya ingin berkongsi soalan-soalan yang diajukan kepada saya supaya temuduga anda semua tidak menjadi HANCUR seperti saya.
Apa yang saya perhatikan,pelakuan-pelakuan candidate
- Berpakaian Kemas (Berkasut,normally baju kurung dan bertai bagi lelaki)
- Ketuk pintu dan bagi salam sebelum masuk ke bilik temuduga
- Bawa beg (perempuan) dan file
* Diri saya ketika itu, berbaju kurung, beg, dan file disebelah tangan kiri. ketuk pintu, bagi salam dan duduk,letak beg dan tunggu pegawai temuduga bertanyakan soalan---adakah betul tindakan saya :-(
Soalan-soalan semasa temuduga (Pengalaman)
1. Perkenalkan diri anda -saya kupas-family,latar belakang pelajaran, pengalaman kerja (bagi saya, soalan ini, soalan wajib
2. ceritakan bidang tugas anda sekarang(saya mengatakan saya sedang bekerja sekarang dan penemuga meminta saya memperincikan bidang tugas saya)
3. mengapa anda berminat dengan kerja ini
4. Cita-cita sebenar anda - bagi saya, soalan ini soalan kelentong jer, sebolehnya jawab mengikut jawatan yang anda pohon. Sebabnya saya telah memberi jawapan cikgu, padahal saya memohon jawatan penolong pegawai tadbir. Jadi penemuduga telah memutarbelitkan jawapan saya, dengan mengatakan saya tidak berminat jawatan tersebut. Walaupun saya telah bertegas mengatakan Cikgu adalah cita-cita saya dari kecil lagi, tetapi penemuduga mengatakan saya tidak berminat menjadi pen. pegawai tadbir. So jangan terlepas cakap dan jangan jadi terlalu jujur
5. Nyatakan bidang tugas yang anda pohon. Sebagai contoh, jika penolong pegawai tadbir, penemuduga bertanyakan soalan,' Bagaimana membuat minute mesyuarat'. Jika pegawai penerangan , bagaimana anda memperkenalkan produk anda kepada public